Thursday, August 27, 2009

tatkala kita leka

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olahengkau seorang perantau atau musafir lalu.lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.



kadang-kadang kita lupa dan hanyut membiarkan masa berlalu begitu sahaja.aku pernah terfikir apakah kesudahan kehidupan ini.adakah aku akan mati di kala aku sedang kusyuk mengejar hal duniawi.ataupun ketika itu aku sudah berada dalam golongan yang solehah.tidak pasti.

aku pernah terfikir ingin menjadi seorang muslimin yang berada di landasan yang mulia di sisi allah.tapi aku mesti tergelincir dari segi aurat,tingkah laku.subhanallah.bukannya sukar,tapi aku pun tidak pasti.aku gembira melihat wanita-wanita yang berpakaian menutup aurat,menjaga tingkah laku nya,percakapannya,tapi aku masih lagi gagal dan buka berada lurus di lorong itu.

No comments:

Post a Comment