Wednesday, July 27, 2022

Beringat dengan Kawan atau dengan Musuh?

Terlalu baik kadang-kadang akan memakan diri sendiri, akan di ambil kesempatan oleh orang sekeliling. Bukan naif tapi malas nak panjangkan cerita sebab akan membebankan diri sendiri nanti. Lagi di fikirkan lagi parah. Sakit HATI.Perlu lebih di beri perhatian dan berhati hati dengan kawan sendiri daripada musuh.Kerana musuh sudah pasti dia akan sentiasa mencari kesalahan dan kekurangan kita dan pastinya kita sedia maklum. Tapi kalau kawan pastinya kita tak sangka pun. Dan kalau kawan sendiri buat hal HATI ni akan lebih rasa sakit berbanding musuh. Sebab MUSUH sudah pasti dia nak menjatuhkan kita.....HATI akan rasa ok ja sebab sentiasa bersiap sedia dengan musuh.

Haih tak tau la kan.....kadang-kadang kalau kita terlalu cepat menyelesaikan sesuatu perkara sebab tidak mahu kerja tertunda , mungkin buat orang sekeliling tidak selesa ka atau macam mana?susahnya ....😅


Sunday, July 24, 2022

Ketenangan HATI ketenteraman JIWA

Bila dah sampai satu tahap umur, apa yang penting sekali adalah ketenanagan. Tenang HATI tenteram JIWA. Bukan senang nak mendapatkan  ketenangan sebab HATI ini tempat yang senang di usik. Ada ja bisikan.....Tapi memang itu la hakikatnya..Bila sampai tahap umur yang meningkat, pastinya tak menhiraukan sangat perkara-perkara yang melarokan..Yang paling ketenangan HATI dan ketenteraman jiwa.

Saat itu baru akan sedar , circle hidup akan bertambah kecil.Dan ketika itu masing-masing akan memilih yang mana satu yang hendak di fokusnya. Terpulang kepada masing-masing.Sebab HATI itu milik masing-masing. Ketenteraman bagi setiap orang adalah berbeza.Dan kita tak perlu pun untuk mengkritik sesiapa pun apa yang disukai masing-masing. Ada ja yang memberi komen, kenapa perlu di lakukan begitu begini. Terpulang masing-masing. 

Tapi perlu ingat apa yang di lakukan perlulah berteraskan dan berpegang kepada agama. Jangan terlalu terbuka sehingga boleh menyebabkan / mempersendakan agama dengan membuat komen secara terbuka dengan mengatakan itu boleh / dapat membuat HATI nya tenang dan JIWA nya tenteram . Tolong sensitif apa yang di buat dan terutama sekali apa yang ingin "post" di media sosial.

Tenag-tenang sahaja...Sentiasa menigingati dan kunci "SYUKUR" segala  nikmat yang ada. Insyaallah pasti HATI akan tenang, JIWA pasti tenteram.


Friday, July 22, 2022

Ikhlas dan Tenang

Bila kita rasa marah, sedih bengang pasti kita perlukan seseorang untuk luahkan perasaan. Dan selepas selesai meluahkan perasaan itu, pernahkah kita akan rasa menyesal dan rasa bersalah pula menceritakan dan meluahkan perasaan tak puas hati itu. Ada ketika pasti terlintas adakah bila kita rancak bercerita meluahkan perasaan itu, adakah kita mengumpat dan menceritakan perkara yang tidak benar. Ya pastinya perasaaan itu akan terlintas. 

Dan bila kita cuba ingatkan balik, apa yang kita ceritakan itu, pastinya ada perkara yang kita akan mengungkit secara tak sengaja semua kebaikan yang telah kita buat. Ketika itu kita ikhlas dan secara sendiri rela melakukan. Tapi bila ada masa yang sesesorang itu menyakitkan hati kita, pasti kita secara tidak sengaja mengungkit dan menceritakan. Adakah kita masih ikhlas ? Di mana sebelum itu kita sangat ikhlas dan rela melakukan nya.... 

HATI ini sangat unik, sangat complicated dan mudah mendapat bisiskan......

Manusia sentiasa mendapat bisikan ini. Kalau bisiskan ke arah kejahatan tidak berjaya, pastinya di bisikan ke arah kebaikan ...Yang pastinya matlamat untuk menganggu HATI kita.....

Dalam kehidupan ini kita sentiasa di kelilingi dengan pelbagai ujian dugaan dan diselitkan dengan bisiskan. Ada kalanya kita rasa kita ditindas, di buli, di ejek dan deperlekehkan. Bila kita berhadapan dengan ujian ini, pastinya kita akan mengungkit segala kebaikan yang telah kita buat. Adakah salah?

Samada salah atau betul , kita sendiri yang mengadilinya. HATI tetap membuat kita gelisah, sama ada pengadilan yang kita buat tu berpihak kepada kita atau sebaliknya....Keikhlasan terhadap orang sekeliling memang susah untuk di adili.....Namun kita perlu hadapinya....

Apa yang dikata oleh Rumi adalah benar dalam puisi bertajuk "Guest House"

This being human is a guest house.
Every morning a new arrival.

A joy, a depression, a meanness,
some momentary awareness comes
as an unexpected visitor.

Welcome and entertain them all!
Even if they’re a crowd of sorrows,
who violently sweep your house
empty of its furniture,
still, treat each guest honorably.
He may be clearing you out
for some new delight.

The dark thought, the shame, the malice,
meet them at the door laughing,
and invite them in.

Be grateful for whoever comes,
because each has been sent
as a guide from bey
ond.

Kita seperti Guest House sentiasa ada yang datang di dalam kehiduapan kita dan sesiapa yang datang itu adalah takdir yang ditulis untuk bertemu dengan kita.....Semua itu perlukan keikhlasan supaya kita sentiasa tenang-tenag sahaja....





Thursday, July 21, 2022

Setiap Permulaan Pasti ada Pengakhirannya

 Yang hidup pasti ada pengakhiranya sebuah kematian....