Thursday, December 17, 2009

doa awal dan akhir tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.






`wanita dan lelaki`

bila dikatakan wanita,ia sungguh simbolik.masing-masing ada pandangan tersendiri.bila dikatakan wanita,ada yang akan membayangkan shoping,berhias,berfesyen,memasak,mengemas.berleter dan macam-macam lagi.kadang kala perkara yang dilihat ini menjadi satu bebanan kepada kaum adam;lelaki.pernahkah terfikir lahirnya wanita ke dunia adalah untuk menjadi pasangan kepada seorang lelaki.semua benda di dunia ini mempunyai pasangan masing-masing.tak kiralah haiwan ataupun benda.bagi manusia,lebih di spesifikan kepada muslim dan muslimah.ikatan suci pasangan suami isteri disatukan dengan akad yang dilafazkan.begitu juga dengan adam dan hawa yang telah disatukan.
perkahwinanan adam dan hawa.
"Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19). Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)

sungguh indah bila dilihat perjalanan sepasang insan yang menuju untuk membina mahligai yang tidak terkira nilai harganya.sungguh suci ikatan susuatu perkahwinan itu.sesungguhnya wanita memerlukan lelaki dan lelaki memerlukan wanita sebagai pelengkap hidup.saling memerlukan antara satu sama lain.

Thursday, October 29, 2009

Mensyukuri Nikmat Allah

sudah lama aku tidak berkesempatan menyinggah di blog aku.agak busy and malam-malam mesti aku tertidur bersama putera kesayangan ku aqil arafat.setiap hari aku berjalan kaki dari stesen komuter kuala lumpur ke ofis di jalan raja chulan.dalam perjalanan ,pelbagai ragam yang aku dapat lihat.kadangkala membuatkan aku terkedu.adakalanya membuatkan aku terkejut dan ada juga rasa takut dengan tingkah laku orang-orang yang berada di situ.suamiku selalu mengingatkan aku supaya berhati-hati ketika melalui jalan itu.katanya 'black area' disebabkan salah seorang rakan lelakinya pernah 'dipau ' di kawasan itu.
hari ni aku ingin berkongsi mengenai cerita dari apa yang dilihat setiap hari mengenai perasaan syukur terhadap pemberian ilahi .setiap kali aku berjalan,mesti aku ternampak ada orang yang mengemis,ada yang tak waras 'gila'.bila dilihat aku amat bersyukur dengan diri ku ini.mempunyai keluarga yang menyanyangi aku.aku sempurna tiada cacat cela dan mampu memiliki apa yang diidamkan.aku tidak lah se mewah mana namun alhamdulilah mampu memiliki benda-benda keperluan.

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya
Katakanlah: ”Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamupendengaran,penglihatan dan hati. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.
(Al-Quran Al-Karim Surah Al-Mulk [67]: ayat 23

Melahirkan perasaan syukur :-
Merenung (bukan membayangkan).
- Lihatlah yang memberi nikmat, bukan besar kecilnya nikmat. Jika engkau mendapatkan nikmat dari Allah, jangan lihat besar kecilnya nikmat, tapi lihatlah yang memberi nikmat (Rabbul ’alamin).
- Lihatlah yang berada di bawah kita (kaitannya dengan nikmat)
- Ingatlah keutamaan syukur. Orang beriman yakin, jikalau bersyukur kepada Allah, maka akan mendapatkan keutamaan.
- Sadarilah bahwa yang mampu memberikan hidayah untuk bersyukur hanyalah Allah semata.

Mensyukuri nikmat Allah :
-Hatinya tunduk, dan meyakini bahwa kenikmatan itu pemberian Allah. Hati itu untuk ma’rifah (mengenal Allah) dan mahabbah (mencintai Allah). Tanamkan dalam hati bahwa nikmat itu dari Allah semata.
-Lisannya memuji Allah. Jika diberi nikmat, maka hakikatnya itu adalah nikmat dari Allah, maka pujilah Allah. Ucapkan pula, jazakumulloh khoiron kepada orang yang telah memberikan bantuan dan perbanyaklah menyebut nikmat-nikmat Allah. Hasan al-Bashriy berujar, ”Perbanyaklah menyebut nikmat-nikmat Allah. Sesungguhnya itu adalah kesyukuran.”
-Anggota tubuhnya melaksanakan ketaatan kepada Allah. Dalam hal ini anggota badan dijadikan sebagai sarana untuk taat kepada Allah dan mencegah dari maksiat kepada-Nya.

Saturday, October 10, 2009

Tidak salah untuk berfesyen


Tidak salah dan tiada halangan untuk wanita bertudung untuk menggayakan dan mengenakan apa-apa fesyen sekali pun.Di tambah lagi,kini ramai pereka fesyen di kalangan muslim dam muslimah, sudah pastilah untuk mendapatkan fesyen yang menutupi aurat, kita tidak menjadi sukar lagi.Jika direnung pada tahun 80 an dan 90 an,apabila ingin berfesyen ditambahkan pula bagi majlis perkahwinan agak sukar untuk mendapatkan busana muslimah yang menutupi aurat.Tapi kini tidak lagi.tidak kira sama ada butik dimiliki oleh orang islam mahupun tidak,sudah semestinya mereka menyediakan busana yang menutupi aurat.alhamdulilah.

Wednesday, September 16, 2009

FADHILAT MENGHIDUPKAN MALAM HARI RAYA

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ

“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Friday, September 11, 2009

Kelebihan Surah Al Mulk

surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain.
Diantaranya:
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Wednesday, September 9, 2009

PESANAN BUAT WANITA

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.

(surah Al-Hadid ayat 16)

Friday, September 4, 2009

Aurat Wanita

ini dikongsi bersama.dan aku masih berada dalam golongan-golongan yang dipamerkan di dalam gambar di atas.bila kah akan aku berubah.satu perubahan dikatakan satu penghijrahan dan perlulah istiqamah dan sesuatu yang baik dan bila mendapat hidayah haruslah dipertahankan.bukan tiada keinsafan tetapi aku pun tidak pasti.astragfirullahalazim......(untuk diri aku sendiri)

Surat An-Nur: 30-31
"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat." "Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."



Thursday, September 3, 2009

senyuman itu adalah sedekah.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"

apabila kita tersenyum dan memberi senyuman kepada seseorang pasti ia akan memberi kegembiraan kepada orang yang memberi senyuman kepada kita.senyuman yang ikhlas lahir dari hati yang ikhlas.walaupun tatkala itu kita tidak mampu memberi senyuman ataupun dalam keadaan tertekan sekalipun,cubalah untuk memberikan sedikit senyuman.keikhlasan yang terlahir dr bibir yang tersenyum itu memberi serbu pengertian dan pasti kita jua akan merasai kepuasaanya...insyallah.

Wednesday, September 2, 2009

PENANGGUHAN HUTANG

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja.
2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.
3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.

Thursday, August 27, 2009

tatkala kita leka

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olahengkau seorang perantau atau musafir lalu.lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.



kadang-kadang kita lupa dan hanyut membiarkan masa berlalu begitu sahaja.aku pernah terfikir apakah kesudahan kehidupan ini.adakah aku akan mati di kala aku sedang kusyuk mengejar hal duniawi.ataupun ketika itu aku sudah berada dalam golongan yang solehah.tidak pasti.

aku pernah terfikir ingin menjadi seorang muslimin yang berada di landasan yang mulia di sisi allah.tapi aku mesti tergelincir dari segi aurat,tingkah laku.subhanallah.bukannya sukar,tapi aku pun tidak pasti.aku gembira melihat wanita-wanita yang berpakaian menutup aurat,menjaga tingkah laku nya,percakapannya,tapi aku masih lagi gagal dan buka berada lurus di lorong itu.

Wednesday, August 26, 2009

kehidupan.

kehidupan ini susah ditafsirkan.kadang-kadang ada kegembiraan,kadang-kadang ada kesusahan.bila kita gembira kita pasti alpa tapi bila ditimpa kesusahan baru kita akan ingat yang Esa.kadang-kadang aku selalu terfikir apakah yang telah aku sumbangkan dan berikan selama aku hidup ini.beribadat ala kadar.setakat sembahyang 5 waktu,alhamdulilah masih kekal.namun adakah itu cukup untuk bekalan di akhirat nanti.

apakah matlamat hidup aku?

Firman Allah SWT:

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud :
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

solatku....
ibadahku...

hidup-kehidupan yang senang kadang-kadang mebuatkan kita lupa.adakah ibadah aku cukup dengan sekadar sembahyang 5 waktu,berpuasa di bulan ramadhan,membayar zakat?

matiku-aku bermohon tat kala aku mati ditempatkan dikalangan golongan golongan yang baik.

aku sentiasa berfikirkan tentang ini.tapi entah kenapa aku pasti terlupa dan alpa dan terus melakukan kesalahan.
Ya Allah sesungguhnya kau lindungilah aku dari terus alpa dan hanyut di bawa arus duniawi...amin....

Tuesday, August 25, 2009

memori

-1989-
budak perempuan yang sungguh excited,hari pertama nak masuk sekolah rendah kebangsaan convent,sungai petani..sebelum ni, aku dah masuk tadika kemas sejak umur 4 tahun.aku yang sendiri-sendiri ikut kawan-kawan yang tua 2 tahun ke tadika.masa tu ingat lagi,cikgu tadika bernama cik tam.dia membenarkan aku mengikuti kelas itu,tapi dengan syarat ibu bapa aku kena hadir ke tadika tersebut.

mak aku punya la risau,sebab aku ke tadika tanpa memberitahu ayah dan mak.balik ja rumah,mak bising-bising,aku pun cakap dengan selamba aku ke sekolah.keesokkan harinya mak ke tadika dan mendaftarkan aku dan membeyara yuran apa yang patut.

masuk ja umur aku 6 tahun,aku dah boring nak belajar,ya la dah dua tahun aku tadika, dan pelajaran yang sama.time tu aku advance la dari budak yang lain.hehheheheh..masa umur 6 tahun,aku tadika setengah tahun sahaja.setengah lagi kerja aku merayau dengan basikal...

bila masuk 7 tahun ,aku berjaya mendapat tempat di sekolah convent.bukan senang nak masuk sekolah tu.ayah terpaksa beratur sebelum subuh nak dapatkan tempat aku di sekolah itu.first come first serve.kesian ayah.

hari pertama di sekolah.budak-budak lain semua datang dengan ayah dan makmasa itu ayah kerja,mak pula baru melahirkan adik aaku.aku pergi sorang-sorang naik bas sekolah.aku ingat lagi,mak melekatkan kad manila warna merah di baju uniform aku dan menulis nama aku dan no plat bas.takut hilang atau mana la tau sesuka hati aku

naik bas yang lain.aku ditempatkan kelas no 2,1 merah.waktu tu masih segar dalam ingatan aku,ramai budak-budak yang menangis,enggan memasuki kelas dan macam-macam telatah lagi.ada yang terkencing dalam seluar.macam-macam ragam.hari pertama tu,ramai ibu bapa yang berdiri di luar kelas menemani anak mereka yang sedang berada di dalam kelas.

hari kedua,kami diberikan ujian untuk menentukan kelas sebenar.bagi aku soalan nya amatla mudah.aku menjawab dengan penuh keyakinan.cuma satu saja yang agak sukar iaitu english.keputusan dikeluarkan minggu hadapannya.aku ditempatkan juga di kelas no 2 sebabnya keputusan english aku tidak memuaskan.nasib di kelas no 2 kalau akhir,mesti malu.

mula la kehidupan aku sebagai pelajar sekolah rendah convent.aku dah mula aktif.dari darjah satu lagi,aku dah terlibat dalam koir,pementasan,nyanyian.bab menyanyi ni memang tak boleh dipisahkan walaupun suara aku tidak la semerdu mana pun.dan satu lagi bersukan.aku amat meminati segala macam sukan kecuali lontar peluru.berat dan mana sesuai dengan tubuih badan aku yang kecil ini.

kenangan yang tidak dapat dilupakan,aku dimasukkan kedalam pasukan rumah merah.masa tu sukan tahunan.aku mewakili rumah merah dalam acara lari dalam guni dan membawa bola pingpong dalam sudu.kedua-dua acara ni mendapat johan.terbukti, semangat kesukanan telah membara dalam diri aku sejak kecil lagi.

~bersambung~

Tuesday, August 11, 2009

-memori-

perjalanan aku masih jauh.sejauh mana pun aku tak pasti.semua itu ketentuan ilahi.27 tahun aku bernafas di bumi.kini aku berkerja di sebuah bank di ibu kota yang sangat pesat dan sibuk.telah berkahwin dengan seorang jurutera mekanikal, graduated dr hangnyang university, korea dan dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel.

hidup ini bagaikan roda.sekejap di atas, sekejap di bawah.kadang-kadang gembira.sedih,sunyi,sepi dan bosan.itulah dinamakan kehidupan.bila ditenung dan direnung zaman kanak-kanak,remaja dan kini menigkat dewasa,bermacam-macam peristiwa dan memori yang tidak pernah aku lupakan.

aku memulakan perjalanan hidup aku,ketika bermula menduduki darjah satu di sekolah rendah convent father barre sungai petani,kedah.menerusakan persekolahan menegah di sekolah yang sama,sek men convent father barre.suku tahun di tingkatan empat di sekolah itu,aku ditawarkan ke sekolah sains berasrama penuh,sekolah menegah sains pokok sena.selepas tamat tingkatan 5,menduduki SPM aku ditawarkan melanjutkan pelajarn ke matrikulasi pulau pinang.tersangatlah happy bila keputusan aku berjaya menempatkan diri di situ.kemudian lepas tamat matrikulasi,aku dapat melanjutkan pelajaran ke UM dalam jurusan sains komputer,sarjana muda kejuruteraan perisian komputer.hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku bila mendapat kepurtusan yang aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.pada ketika ini aku terasa cuak ,gembira,takut sebab pertama kali aku perlu berjauhan dengan keluarga.

~bersambung~

Friday, August 7, 2009

pagi-pagi

on the way ke komuter,seperti kak bom akan dengar hot chat pagi di hot fm.pagi ni bincang mengenai perubahan.apa yang berubah?lawak gak la bila dengar.berubah selepas kawen.
sempat la dengar dua orang pemanggil.kurengs asam pun ada juga la.
yang sorang tu dia komplen wife dia before kawen bukan main lagi kurus cantik.tapi lepas kawen mak aik,besar mcm lori alam flora(kalau tak silap la dia ckp mcm tu),maksdunya nak kata gemuk.teruk kan...hmmmm
yang sorang lagi dia cakap sebelum kawen tak terkentut,pas kawen selamba kentut,naik kereta terus tidur siap,tak kepit-kepit dah.
ish teruk gak la suami-suami ni.dah la on-air tu.live.haiyooooooo
sian isteri-isteri mereka yang dengar.
kak bom sempat dengar dua panggilan sahaja.yang lain tu dah tak sempat.
komen kak bom:tak baik tau mengaibkan isteri-isteri anda.kesian mereka...:)

Tuesday, August 4, 2009

Apa itu cemburu?

Cemburu memberi makna yang sungguh mendalam dan berbeza dari setiap individu yang berlainan.cemburu adalah naluri manusia terhadap sesuatu benda yang amat disayanginya.cemburu lebih di spesifikasikan terhadap insan yang amat disayangi atau dicintai.cemburu kadang-kadang memberi satu impak yang amat bermakna dalam diri setiap individu.cemburu adalah satu emosi yang tidak dapat digambarkan.

kecemburuan adalah merupakan satu sikap dan sifat yang mana takut kehilangan sesuatu yang amat disayangi.namun sifat cemburu mestilah ada batasnya.jika tidak dibendung,pasti akan mengundang padah.cemburu di antara isteri dan suami menandakan bukti rasa cinta yang mendalam di antara pasangan itu.dan ini akan memperkukuhkan lagi bahang cinta antara dua hati.cemburu itu tidak buruk dan ia mengandunngi strategi dalam perkahwinan.perasaan cemburu dapat mengukur sejauh mana cinta di antara suam, isteri.tetapi, perlulah diingat bahawa jangan cemburu buta nanti terima padahnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman dan midzak(memasukkan orang lelaki lain ke rumah isterinya kemudian dibiarkan) itu termasuk sifat munafik"
(HR Bazar dan Baihaqi)

Monday, August 3, 2009

~perhimpunan hapuskan ISA~

apa itu ISA?
Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.
Di Malaysia, ISA telah digunakan secara konsisten terhadap mereka yang menggugat keamanan negara .ISA amat ditakuti dan dibenci namun ia adalah satu akta yang perlu dikekalkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal kehidupan umum masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

komen kak bom:
Pada 1 ogos 2009,perhimpunan haram telah dilakukan bertujuan menunjuk perasaan bagi menghapuskan ISA.adakah relevan?tidak sama sekali...Kenapa perlu dihapuskan?Pernah anda terfikir jika tanpa adanya undang-undang seperti ini.undang-undang yang dirangka sudah pastinya ada kebaikannya dan yang penting perpaduan rakyat malaysia.seperti yang di war warkan pada masa ini satu malaysia.kak bom sangat la hairan mengapa perlu wujudnya demonstrasi dan paling menyedihkan di kalangan orang melayu sendiri.bertempiaran sana sini.adakah itu dinamakan jihad.kadang-kadang kak bom malu melihat golongan wanita yang bertutup litup bersama-sama berarak dikalangan kumpulan lelaki.adakh itu perbuatan yang tidak salah.di masa kini,kita dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan bebas bergerak ke sana sini.namun jika perkara ini diteruskan,adakah anda semua fikir masa depan anak-anak kita....janganlah terlalu mengikut persaan amarah,fikir-fikirlah masa depan anak cucu kita.kita mungkin tidak dapat hidup lama,namun anak cucu kita ..bagaimana?

Friday, July 31, 2009

~H1N1~

Jumlah Kes di Malaysia: 1,371 termasuk 4 kematian.
574 (42%) merupakan kes import dan 797(58%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,341 kes (97%) telah sembuh, hanya 21 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 9 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Kedudukan kes di Unit Rawatan Rapi adalah seperti berikut; 3 daripada 7 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi pada hari sebelumnya telah dipindah keluar ke wad isolasi. Lima (5) kes sporadik yang baru disahkan positif influenza A(H1N1) merupakan kes­kes yang berkomplikasi dan telah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Oleh itu menjadikan jumlah kes yang berada di Unit Rawatan Rapi adalah seramai 9 orang, di mana antaranya adalah 2 remaja obes, 1 wanita hamil dan 1 imuniti rendah.
sumber
dipetik dari laman web rasmi influenza H1N1,31 Jul setakat 8 pagi..
LAporan terkini di bagan serai dah mencatat kematian ke 5 yang dipetik dari berita buletin utama Tv3 pukul 9 malam.

komen:mencegah kebih baik dari pada merawat....thats right...!!!
tapi apa yang ingin aku katakan di sini,masih ramai rakyat malaysia yang memandang ini perkara atau soal yang sangat remeh.pendek kata ambil sambil lewa.kebersihan amat la utama..mesti dipentingkan.dan mentaliti haruslah positif.

setiap pagi aku menggunakan public transport,komuter.perjalanan aku dari komuter kuala lumpur ke jalan raja chulan melalui CM.tetapi kawasan itu boleh dikatakan agak tidak selesa.dengan orang yang lalu lalang di situ suka hati meludah,membuang sampah dan kadang-kadang tu aku takpaham dan paling geramnya boleh meludah kala ketika lalu di tepi mereka...yark!
kesedaran aku makin bertambah bila mengikuti berita kematian sudah meningkat.aku mengambil inisiatif sendiri dengan memakai mask ketika naik komuter,berjalan ke opis dan begitu juga ketika pulang dari kerja.,
tapi ada mentaliti di tahap mana pun aku tak paham...otw aku jalan aku dengar sekumpulan lelaki jerit"eh eh..jauh jauh.H1N1"menjerit ke arah aku..kompius aku seketika..lantakla yang penting kesihatan aku sendiri...kadang-kadang ada juga yang memandang hairan ketika aku berada di stesen komuter..hmmmmmmmm..biarlah orang nak kata apa..
yang penting"mencegah lebih baik dari merawat"tak gitu.....