Tuesday, August 25, 2009

memori

-1989-
budak perempuan yang sungguh excited,hari pertama nak masuk sekolah rendah kebangsaan convent,sungai petani..sebelum ni, aku dah masuk tadika kemas sejak umur 4 tahun.aku yang sendiri-sendiri ikut kawan-kawan yang tua 2 tahun ke tadika.masa tu ingat lagi,cikgu tadika bernama cik tam.dia membenarkan aku mengikuti kelas itu,tapi dengan syarat ibu bapa aku kena hadir ke tadika tersebut.

mak aku punya la risau,sebab aku ke tadika tanpa memberitahu ayah dan mak.balik ja rumah,mak bising-bising,aku pun cakap dengan selamba aku ke sekolah.keesokkan harinya mak ke tadika dan mendaftarkan aku dan membeyara yuran apa yang patut.

masuk ja umur aku 6 tahun,aku dah boring nak belajar,ya la dah dua tahun aku tadika, dan pelajaran yang sama.time tu aku advance la dari budak yang lain.hehheheheh..masa umur 6 tahun,aku tadika setengah tahun sahaja.setengah lagi kerja aku merayau dengan basikal...

bila masuk 7 tahun ,aku berjaya mendapat tempat di sekolah convent.bukan senang nak masuk sekolah tu.ayah terpaksa beratur sebelum subuh nak dapatkan tempat aku di sekolah itu.first come first serve.kesian ayah.

hari pertama di sekolah.budak-budak lain semua datang dengan ayah dan makmasa itu ayah kerja,mak pula baru melahirkan adik aaku.aku pergi sorang-sorang naik bas sekolah.aku ingat lagi,mak melekatkan kad manila warna merah di baju uniform aku dan menulis nama aku dan no plat bas.takut hilang atau mana la tau sesuka hati aku

naik bas yang lain.aku ditempatkan kelas no 2,1 merah.waktu tu masih segar dalam ingatan aku,ramai budak-budak yang menangis,enggan memasuki kelas dan macam-macam telatah lagi.ada yang terkencing dalam seluar.macam-macam ragam.hari pertama tu,ramai ibu bapa yang berdiri di luar kelas menemani anak mereka yang sedang berada di dalam kelas.

hari kedua,kami diberikan ujian untuk menentukan kelas sebenar.bagi aku soalan nya amatla mudah.aku menjawab dengan penuh keyakinan.cuma satu saja yang agak sukar iaitu english.keputusan dikeluarkan minggu hadapannya.aku ditempatkan juga di kelas no 2 sebabnya keputusan english aku tidak memuaskan.nasib di kelas no 2 kalau akhir,mesti malu.

mula la kehidupan aku sebagai pelajar sekolah rendah convent.aku dah mula aktif.dari darjah satu lagi,aku dah terlibat dalam koir,pementasan,nyanyian.bab menyanyi ni memang tak boleh dipisahkan walaupun suara aku tidak la semerdu mana pun.dan satu lagi bersukan.aku amat meminati segala macam sukan kecuali lontar peluru.berat dan mana sesuai dengan tubuih badan aku yang kecil ini.

kenangan yang tidak dapat dilupakan,aku dimasukkan kedalam pasukan rumah merah.masa tu sukan tahunan.aku mewakili rumah merah dalam acara lari dalam guni dan membawa bola pingpong dalam sudu.kedua-dua acara ni mendapat johan.terbukti, semangat kesukanan telah membara dalam diri aku sejak kecil lagi.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment