Monday, August 3, 2009

~perhimpunan hapuskan ISA~

apa itu ISA?
Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.
Di Malaysia, ISA telah digunakan secara konsisten terhadap mereka yang menggugat keamanan negara .ISA amat ditakuti dan dibenci namun ia adalah satu akta yang perlu dikekalkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal kehidupan umum masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

komen kak bom:
Pada 1 ogos 2009,perhimpunan haram telah dilakukan bertujuan menunjuk perasaan bagi menghapuskan ISA.adakah relevan?tidak sama sekali...Kenapa perlu dihapuskan?Pernah anda terfikir jika tanpa adanya undang-undang seperti ini.undang-undang yang dirangka sudah pastinya ada kebaikannya dan yang penting perpaduan rakyat malaysia.seperti yang di war warkan pada masa ini satu malaysia.kak bom sangat la hairan mengapa perlu wujudnya demonstrasi dan paling menyedihkan di kalangan orang melayu sendiri.bertempiaran sana sini.adakah itu dinamakan jihad.kadang-kadang kak bom malu melihat golongan wanita yang bertutup litup bersama-sama berarak dikalangan kumpulan lelaki.adakh itu perbuatan yang tidak salah.di masa kini,kita dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan bebas bergerak ke sana sini.namun jika perkara ini diteruskan,adakah anda semua fikir masa depan anak-anak kita....janganlah terlalu mengikut persaan amarah,fikir-fikirlah masa depan anak cucu kita.kita mungkin tidak dapat hidup lama,namun anak cucu kita ..bagaimana?

No comments:

Post a Comment