Tuesday, August 11, 2009

-memori-

perjalanan aku masih jauh.sejauh mana pun aku tak pasti.semua itu ketentuan ilahi.27 tahun aku bernafas di bumi.kini aku berkerja di sebuah bank di ibu kota yang sangat pesat dan sibuk.telah berkahwin dengan seorang jurutera mekanikal, graduated dr hangnyang university, korea dan dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel.

hidup ini bagaikan roda.sekejap di atas, sekejap di bawah.kadang-kadang gembira.sedih,sunyi,sepi dan bosan.itulah dinamakan kehidupan.bila ditenung dan direnung zaman kanak-kanak,remaja dan kini menigkat dewasa,bermacam-macam peristiwa dan memori yang tidak pernah aku lupakan.

aku memulakan perjalanan hidup aku,ketika bermula menduduki darjah satu di sekolah rendah convent father barre sungai petani,kedah.menerusakan persekolahan menegah di sekolah yang sama,sek men convent father barre.suku tahun di tingkatan empat di sekolah itu,aku ditawarkan ke sekolah sains berasrama penuh,sekolah menegah sains pokok sena.selepas tamat tingkatan 5,menduduki SPM aku ditawarkan melanjutkan pelajarn ke matrikulasi pulau pinang.tersangatlah happy bila keputusan aku berjaya menempatkan diri di situ.kemudian lepas tamat matrikulasi,aku dapat melanjutkan pelajaran ke UM dalam jurusan sains komputer,sarjana muda kejuruteraan perisian komputer.hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku bila mendapat kepurtusan yang aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.pada ketika ini aku terasa cuak ,gembira,takut sebab pertama kali aku perlu berjauhan dengan keluarga.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment