Tuesday, August 4, 2009

Apa itu cemburu?

Cemburu memberi makna yang sungguh mendalam dan berbeza dari setiap individu yang berlainan.cemburu adalah naluri manusia terhadap sesuatu benda yang amat disayanginya.cemburu lebih di spesifikasikan terhadap insan yang amat disayangi atau dicintai.cemburu kadang-kadang memberi satu impak yang amat bermakna dalam diri setiap individu.cemburu adalah satu emosi yang tidak dapat digambarkan.

kecemburuan adalah merupakan satu sikap dan sifat yang mana takut kehilangan sesuatu yang amat disayangi.namun sifat cemburu mestilah ada batasnya.jika tidak dibendung,pasti akan mengundang padah.cemburu di antara isteri dan suami menandakan bukti rasa cinta yang mendalam di antara pasangan itu.dan ini akan memperkukuhkan lagi bahang cinta antara dua hati.cemburu itu tidak buruk dan ia mengandunngi strategi dalam perkahwinan.perasaan cemburu dapat mengukur sejauh mana cinta di antara suam, isteri.tetapi, perlulah diingat bahawa jangan cemburu buta nanti terima padahnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman dan midzak(memasukkan orang lelaki lain ke rumah isterinya kemudian dibiarkan) itu termasuk sifat munafik"
(HR Bazar dan Baihaqi)

No comments:

Post a Comment