Thursday, August 27, 2009

tatkala kita leka

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olahengkau seorang perantau atau musafir lalu.lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.



kadang-kadang kita lupa dan hanyut membiarkan masa berlalu begitu sahaja.aku pernah terfikir apakah kesudahan kehidupan ini.adakah aku akan mati di kala aku sedang kusyuk mengejar hal duniawi.ataupun ketika itu aku sudah berada dalam golongan yang solehah.tidak pasti.

aku pernah terfikir ingin menjadi seorang muslimin yang berada di landasan yang mulia di sisi allah.tapi aku mesti tergelincir dari segi aurat,tingkah laku.subhanallah.bukannya sukar,tapi aku pun tidak pasti.aku gembira melihat wanita-wanita yang berpakaian menutup aurat,menjaga tingkah laku nya,percakapannya,tapi aku masih lagi gagal dan buka berada lurus di lorong itu.

Wednesday, August 26, 2009

kehidupan.

kehidupan ini susah ditafsirkan.kadang-kadang ada kegembiraan,kadang-kadang ada kesusahan.bila kita gembira kita pasti alpa tapi bila ditimpa kesusahan baru kita akan ingat yang Esa.kadang-kadang aku selalu terfikir apakah yang telah aku sumbangkan dan berikan selama aku hidup ini.beribadat ala kadar.setakat sembahyang 5 waktu,alhamdulilah masih kekal.namun adakah itu cukup untuk bekalan di akhirat nanti.

apakah matlamat hidup aku?

Firman Allah SWT:

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud :
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

solatku....
ibadahku...

hidup-kehidupan yang senang kadang-kadang mebuatkan kita lupa.adakah ibadah aku cukup dengan sekadar sembahyang 5 waktu,berpuasa di bulan ramadhan,membayar zakat?

matiku-aku bermohon tat kala aku mati ditempatkan dikalangan golongan golongan yang baik.

aku sentiasa berfikirkan tentang ini.tapi entah kenapa aku pasti terlupa dan alpa dan terus melakukan kesalahan.
Ya Allah sesungguhnya kau lindungilah aku dari terus alpa dan hanyut di bawa arus duniawi...amin....

Tuesday, August 25, 2009

memori

-1989-
budak perempuan yang sungguh excited,hari pertama nak masuk sekolah rendah kebangsaan convent,sungai petani..sebelum ni, aku dah masuk tadika kemas sejak umur 4 tahun.aku yang sendiri-sendiri ikut kawan-kawan yang tua 2 tahun ke tadika.masa tu ingat lagi,cikgu tadika bernama cik tam.dia membenarkan aku mengikuti kelas itu,tapi dengan syarat ibu bapa aku kena hadir ke tadika tersebut.

mak aku punya la risau,sebab aku ke tadika tanpa memberitahu ayah dan mak.balik ja rumah,mak bising-bising,aku pun cakap dengan selamba aku ke sekolah.keesokkan harinya mak ke tadika dan mendaftarkan aku dan membeyara yuran apa yang patut.

masuk ja umur aku 6 tahun,aku dah boring nak belajar,ya la dah dua tahun aku tadika, dan pelajaran yang sama.time tu aku advance la dari budak yang lain.hehheheheh..masa umur 6 tahun,aku tadika setengah tahun sahaja.setengah lagi kerja aku merayau dengan basikal...

bila masuk 7 tahun ,aku berjaya mendapat tempat di sekolah convent.bukan senang nak masuk sekolah tu.ayah terpaksa beratur sebelum subuh nak dapatkan tempat aku di sekolah itu.first come first serve.kesian ayah.

hari pertama di sekolah.budak-budak lain semua datang dengan ayah dan makmasa itu ayah kerja,mak pula baru melahirkan adik aaku.aku pergi sorang-sorang naik bas sekolah.aku ingat lagi,mak melekatkan kad manila warna merah di baju uniform aku dan menulis nama aku dan no plat bas.takut hilang atau mana la tau sesuka hati aku

naik bas yang lain.aku ditempatkan kelas no 2,1 merah.waktu tu masih segar dalam ingatan aku,ramai budak-budak yang menangis,enggan memasuki kelas dan macam-macam telatah lagi.ada yang terkencing dalam seluar.macam-macam ragam.hari pertama tu,ramai ibu bapa yang berdiri di luar kelas menemani anak mereka yang sedang berada di dalam kelas.

hari kedua,kami diberikan ujian untuk menentukan kelas sebenar.bagi aku soalan nya amatla mudah.aku menjawab dengan penuh keyakinan.cuma satu saja yang agak sukar iaitu english.keputusan dikeluarkan minggu hadapannya.aku ditempatkan juga di kelas no 2 sebabnya keputusan english aku tidak memuaskan.nasib di kelas no 2 kalau akhir,mesti malu.

mula la kehidupan aku sebagai pelajar sekolah rendah convent.aku dah mula aktif.dari darjah satu lagi,aku dah terlibat dalam koir,pementasan,nyanyian.bab menyanyi ni memang tak boleh dipisahkan walaupun suara aku tidak la semerdu mana pun.dan satu lagi bersukan.aku amat meminati segala macam sukan kecuali lontar peluru.berat dan mana sesuai dengan tubuih badan aku yang kecil ini.

kenangan yang tidak dapat dilupakan,aku dimasukkan kedalam pasukan rumah merah.masa tu sukan tahunan.aku mewakili rumah merah dalam acara lari dalam guni dan membawa bola pingpong dalam sudu.kedua-dua acara ni mendapat johan.terbukti, semangat kesukanan telah membara dalam diri aku sejak kecil lagi.

~bersambung~

Tuesday, August 11, 2009

-memori-

perjalanan aku masih jauh.sejauh mana pun aku tak pasti.semua itu ketentuan ilahi.27 tahun aku bernafas di bumi.kini aku berkerja di sebuah bank di ibu kota yang sangat pesat dan sibuk.telah berkahwin dengan seorang jurutera mekanikal, graduated dr hangnyang university, korea dan dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel.

hidup ini bagaikan roda.sekejap di atas, sekejap di bawah.kadang-kadang gembira.sedih,sunyi,sepi dan bosan.itulah dinamakan kehidupan.bila ditenung dan direnung zaman kanak-kanak,remaja dan kini menigkat dewasa,bermacam-macam peristiwa dan memori yang tidak pernah aku lupakan.

aku memulakan perjalanan hidup aku,ketika bermula menduduki darjah satu di sekolah rendah convent father barre sungai petani,kedah.menerusakan persekolahan menegah di sekolah yang sama,sek men convent father barre.suku tahun di tingkatan empat di sekolah itu,aku ditawarkan ke sekolah sains berasrama penuh,sekolah menegah sains pokok sena.selepas tamat tingkatan 5,menduduki SPM aku ditawarkan melanjutkan pelajarn ke matrikulasi pulau pinang.tersangatlah happy bila keputusan aku berjaya menempatkan diri di situ.kemudian lepas tamat matrikulasi,aku dapat melanjutkan pelajaran ke UM dalam jurusan sains komputer,sarjana muda kejuruteraan perisian komputer.hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku bila mendapat kepurtusan yang aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.pada ketika ini aku terasa cuak ,gembira,takut sebab pertama kali aku perlu berjauhan dengan keluarga.

~bersambung~

Friday, August 7, 2009

pagi-pagi

on the way ke komuter,seperti kak bom akan dengar hot chat pagi di hot fm.pagi ni bincang mengenai perubahan.apa yang berubah?lawak gak la bila dengar.berubah selepas kawen.
sempat la dengar dua orang pemanggil.kurengs asam pun ada juga la.
yang sorang tu dia komplen wife dia before kawen bukan main lagi kurus cantik.tapi lepas kawen mak aik,besar mcm lori alam flora(kalau tak silap la dia ckp mcm tu),maksdunya nak kata gemuk.teruk kan...hmmmm
yang sorang lagi dia cakap sebelum kawen tak terkentut,pas kawen selamba kentut,naik kereta terus tidur siap,tak kepit-kepit dah.
ish teruk gak la suami-suami ni.dah la on-air tu.live.haiyooooooo
sian isteri-isteri mereka yang dengar.
kak bom sempat dengar dua panggilan sahaja.yang lain tu dah tak sempat.
komen kak bom:tak baik tau mengaibkan isteri-isteri anda.kesian mereka...:)

Tuesday, August 4, 2009

Apa itu cemburu?

Cemburu memberi makna yang sungguh mendalam dan berbeza dari setiap individu yang berlainan.cemburu adalah naluri manusia terhadap sesuatu benda yang amat disayanginya.cemburu lebih di spesifikasikan terhadap insan yang amat disayangi atau dicintai.cemburu kadang-kadang memberi satu impak yang amat bermakna dalam diri setiap individu.cemburu adalah satu emosi yang tidak dapat digambarkan.

kecemburuan adalah merupakan satu sikap dan sifat yang mana takut kehilangan sesuatu yang amat disayangi.namun sifat cemburu mestilah ada batasnya.jika tidak dibendung,pasti akan mengundang padah.cemburu di antara isteri dan suami menandakan bukti rasa cinta yang mendalam di antara pasangan itu.dan ini akan memperkukuhkan lagi bahang cinta antara dua hati.cemburu itu tidak buruk dan ia mengandunngi strategi dalam perkahwinan.perasaan cemburu dapat mengukur sejauh mana cinta di antara suam, isteri.tetapi, perlulah diingat bahawa jangan cemburu buta nanti terima padahnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman dan midzak(memasukkan orang lelaki lain ke rumah isterinya kemudian dibiarkan) itu termasuk sifat munafik"
(HR Bazar dan Baihaqi)

Monday, August 3, 2009

~perhimpunan hapuskan ISA~

apa itu ISA?
Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.
Di Malaysia, ISA telah digunakan secara konsisten terhadap mereka yang menggugat keamanan negara .ISA amat ditakuti dan dibenci namun ia adalah satu akta yang perlu dikekalkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal kehidupan umum masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

komen kak bom:
Pada 1 ogos 2009,perhimpunan haram telah dilakukan bertujuan menunjuk perasaan bagi menghapuskan ISA.adakah relevan?tidak sama sekali...Kenapa perlu dihapuskan?Pernah anda terfikir jika tanpa adanya undang-undang seperti ini.undang-undang yang dirangka sudah pastinya ada kebaikannya dan yang penting perpaduan rakyat malaysia.seperti yang di war warkan pada masa ini satu malaysia.kak bom sangat la hairan mengapa perlu wujudnya demonstrasi dan paling menyedihkan di kalangan orang melayu sendiri.bertempiaran sana sini.adakah itu dinamakan jihad.kadang-kadang kak bom malu melihat golongan wanita yang bertutup litup bersama-sama berarak dikalangan kumpulan lelaki.adakh itu perbuatan yang tidak salah.di masa kini,kita dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan bebas bergerak ke sana sini.namun jika perkara ini diteruskan,adakah anda semua fikir masa depan anak-anak kita....janganlah terlalu mengikut persaan amarah,fikir-fikirlah masa depan anak cucu kita.kita mungkin tidak dapat hidup lama,namun anak cucu kita ..bagaimana?