Friday, July 31, 2009

~H1N1~

Jumlah Kes di Malaysia: 1,371 termasuk 4 kematian.
574 (42%) merupakan kes import dan 797(58%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,341 kes (97%) telah sembuh, hanya 21 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 9 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Kedudukan kes di Unit Rawatan Rapi adalah seperti berikut; 3 daripada 7 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi pada hari sebelumnya telah dipindah keluar ke wad isolasi. Lima (5) kes sporadik yang baru disahkan positif influenza A(H1N1) merupakan kes­kes yang berkomplikasi dan telah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Oleh itu menjadikan jumlah kes yang berada di Unit Rawatan Rapi adalah seramai 9 orang, di mana antaranya adalah 2 remaja obes, 1 wanita hamil dan 1 imuniti rendah.
sumber
dipetik dari laman web rasmi influenza H1N1,31 Jul setakat 8 pagi..
LAporan terkini di bagan serai dah mencatat kematian ke 5 yang dipetik dari berita buletin utama Tv3 pukul 9 malam.

komen:mencegah kebih baik dari pada merawat....thats right...!!!
tapi apa yang ingin aku katakan di sini,masih ramai rakyat malaysia yang memandang ini perkara atau soal yang sangat remeh.pendek kata ambil sambil lewa.kebersihan amat la utama..mesti dipentingkan.dan mentaliti haruslah positif.

setiap pagi aku menggunakan public transport,komuter.perjalanan aku dari komuter kuala lumpur ke jalan raja chulan melalui CM.tetapi kawasan itu boleh dikatakan agak tidak selesa.dengan orang yang lalu lalang di situ suka hati meludah,membuang sampah dan kadang-kadang tu aku takpaham dan paling geramnya boleh meludah kala ketika lalu di tepi mereka...yark!
kesedaran aku makin bertambah bila mengikuti berita kematian sudah meningkat.aku mengambil inisiatif sendiri dengan memakai mask ketika naik komuter,berjalan ke opis dan begitu juga ketika pulang dari kerja.,
tapi ada mentaliti di tahap mana pun aku tak paham...otw aku jalan aku dengar sekumpulan lelaki jerit"eh eh..jauh jauh.H1N1"menjerit ke arah aku..kompius aku seketika..lantakla yang penting kesihatan aku sendiri...kadang-kadang ada juga yang memandang hairan ketika aku berada di stesen komuter..hmmmmmmmm..biarlah orang nak kata apa..
yang penting"mencegah lebih baik dari merawat"tak gitu.....